Kami akan bersama anda sebentar lagi.
Notis Privasi
Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda dengan mematuhi undang-undang Malaysia.
(Jika anda membaca Notis Privasi ini bagi pihak badan korporat / syarikat perniagaan yang mengekalkan / pernah mengekalkan hubungan kontrak dengan CIMB, Penyataan Privasi ini bertujuan untuk disasarkan kepada, tanpa batasan, pegawai individu yang berkenaan (cth. penandatangan/peniaga dan setiausaha syarikat yang sah), pengarah, pemegang saham, pemilik berfaedah (cth. pemilik tunggal dan rakan kongsi), penjamin atau peminjam badan korporat / syarikat perniagaan tersebut (“Individu yang Berkenaan”) dan “anda” akan ditafsirkan dengan sewajarnya bagi maksud Individu yang Berkenaan).
Oleh itu, Notis Privasi ini direka untuk menerangkan dan menghuraikan beberapa dasar dan prinsip kami yang berkaitan dengan privasi maklumat peribadi anda, kesemuanya yang telah kami pakai sebagai tanda komitmen kami untuk menghormati, meyelenggara dan melindungi privasi maklumat peribadi anda.
Kumpulan CIMB hanya akan mengumpul, merekodkan, memegang, menggunakan, mendedahkan dan menyimpan (iaitu “proses”) menggunakan maklumat peribadi anda mengikut undang-undang tersebut (termasuk Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan undang-undang / peraturan-peraturan perlindungan data atau privasi lain yang terpakai), Notis Privasi ini dan terma privasi dalam perjanjian anda dengan mana-mana entiti Kumpulan CIMB yang anda mungkin telah berurusan.
Notis Privasi ini menerangkan:
Privasi anda penting kepada kami, jadi sila luangkan masa untuk mengetahui amalan kami dan jika anda memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi wakil Pusat Panggilan Pengguna di talian +603 6204 7788.
Untuk tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:
Untuk membolehkan kami menangani pertanyaan anda, membuka dan mengendalikan akaun/kemudahan untuk anda dan/atau secara amnya menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda, kami mungkin perlu dan/atau mungkin dikehendaki memproses maklumat peribadi dan maklumat kewangan tentang anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
Kami boleh mendapatkan maklumat ini daripada diri anda dan daripada pelbagai sumber, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
Kami mengumpul dua jenis data peribadi: Wajib dan Pilihan.
Privasi dan Kebenaran Aplikasi Mudah Alih
Apabila anda menggunakan Aplikasi CIMB OCTO atau mana-mana aplikasi mudah alih lain yang ditawarkan oleh Kumpulan CIMB, kami mungkin perlu mengumpul jenis maklumat tertentu daripada peranti anda bagi menyediakan perkhidmatan perbankan digital yang selamat, boleh dipercayai dan diperibadikan.Seksyen ini menerangkan cara kami mengendalikan data yang dikumpul melalui aplikasi mudah alih kami, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) serta undang-undang dan peraturan lain yang terpakai di Malaysia.
Kami mengumpul dan memproses hanya maklumat yang diperlukan untuk menyampaikan dan menambah baik pengalaman perbankan mudah alih kami, yang mungkin merangkumi perkara berikut:
Kami juga mungkin menggunakan antara muka pengaturcaraan aplikasi (API), serta alat analitik dan pemantauan yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan teknologi yang dipercayai (seperti Firebase atau platform yang setara). Alat ini digunakan untuk memantau prestasi aplikasi, mengesan dan mengurus isu teknikal atau keselamatan, serta menyampaikan kandungan yang disesuaikan mengikut keperluan anda. Penyedia perkhidmatan tersebut memproses maklumat bagi pihak kami dan tertakluk kepada kewajipan kerahsiaan, keselamatan serta perlindungan data yang ketat, selaras dengan keperluan undang-undang yang berkuat kuasa, termasuk Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
Sebarang maklumat peribadi yang dikumpul melalui Aplikasi CIMB OCTO hanya akan digunakan bagi tujuan yang sah, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
Anda boleh menarik balik persetujuan atau mengubah kebenaran aplikasi pada bila-bila masa melalui tetapan peranti anda. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa penyahaktifan kebenaran tertentu mungkin mengehadkan atau menjejaskan fungsi serta akses kepada beberapa ciri aplikasi CIMB OCTO.
Kumpulan CIMB melaksanakan langkah-langkah keselamatan termasuk penyulitan data yang kukuh bagi melindungi semua maklumat peribadi yang dikumpul atau dihantar melalui aplikasi mudah alihnya. Amalan keselamatan aplikasi mudah alih ini sentiasa disemak semula bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkaitan, termasuk dalam perlindungan data, keselamatan siber, dan perkhidmatan kewangan di Malaysia.
Kuki (“Cookies”) dan Teknologi Berkhaitan
Kuki adalah fail teks kecil yang mengumpulkan maklumat tentang pengguna dan lawatan mereka ke CIMB laman web , seperti alamat Protokol Internet (IP) mereka, bagaimana mereka tiba di laman web (contohnya, melalui mesin carian atau pautan dari laman web lain) dan bagaimana mereka melayari dalam laman web . Sesetengah kuki juga boleh digunakan bagi tujuan pemantauan keselamatan, pencegahan penipuan, serta penyampaian iklan atau cadangan yang disasarkan mengikut minat anda.
Selain kuki, kami mungkin menggunakan tag piksel dan teknologi pengesanan yang serupa untuk memahami interaksi pengguna dengan lebih baik, mengekalkan sesi yang selamat, serta mengukur keberkesanan komunikasi dan iklan kami. Kami juga mungkin melibatkan penyedia perkhidmatan dan rakan kongsi teknologi pihak ketiga yang dipercayai, seperti Google Analytics, Adobe Analytics, Firebase atau penyedia yang setara untuk menyediakan analitik web, pengiklanan dan keselamatan. Penyedia perkhidmatan tersebut mungkin menetapkan dan mengakses kuki atau teknologi yang serupa bagi pihak kami untuk membantu menganalisis trafik laman web, mengukur keberkesanan kempen, menyampaikan iklan yang releven/memastikan bahawa iklan lebih berkaitan, serta mengesan risiko keselamatan.
Kami memastikan bahawa semua penyedia perkhidmatan tertakluk kepada kewajipan kerahsiaan dan perlindungan data yang sewajarnya. Senarai terkini penyedia perkhidmatan analitik dan pengiklanan kami boleh didapati di laman web kami.
Kami telah melaksanakan platform pengurusan kuki yang membolehkan anda mengurus dan menyesuaikan pilihan kuki anda. Melalui platform ini, anda boleh memilih kategori kuki, serta memadam ,menyekat kuki atau mengalih keluar kuki dan mengubah persetujuan anda pada bila-bila masa. Pilihan persetujuan anda akan disimpan dan akan tamat selepas tempoh tertentu; selepas itu, anda mungkin akan diminta untuk menyemak dan memperbaharui pilihan tersebut.
Anda juga boleh mengurus atau mengawal kuki melalui tetapan pelayar atau tetapan peranti, termasuk menetapkan pemberitahuan apabila kuki diletakkan atau diterima, atau menyekat kuki tertentu sepenuhnya. Sila ambil perhatian bahawa pemadaman atau penyekatan kuki tertentu, terutamanya kuki yang penting, boleh menjejaskan fungsi dan prestasi laman web atau aplikasi mudah alih kami. Kuki yang penting bagi memastikan perkhidmatan digital kami beroperasi dengan baik tidak boleh disekat melalui tetapan pilihan pengguna.
Anda boleh melaraskan tetapan pada pelayar dan/atau peranti mudah alih anda supaya anda akan dimaklumkan apabila anda menerima kuki atau alat penjejakan yang serupa. Sila rujuk dokumentasi pelayar anda untuk memeriksa sama ada alat penjejakan telah didayakan pada komputer dan/atau peranti mudah alih anda atau meminta untuk tidak menerima kuki atau menyahdayakan kuki jika anda tidak mahu maklumat dikumpulkan melalui penggunaan kuki. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian jika anda mengaktifkan penyekatan atau menyahdayakan kuki, ini mungkin mengehadkan ciri dan fungsi tertentu dalam penggunaan laman web atau laman mudah alih kami.
Layari laman web panduan penggunaan kuki kami untuk maklumat lanjut.
Selain daripada yang dinyatakan di atas, kami boleh menggunakan maklumat peribadi anda, termasuk data peribadi sensitif seperti maklumat biometrik, untuk satu atau lebih daripada tujuan berikut:
Sila yakin bahawa kami akan meminta persetujuan anda sebelum menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan selain daripada yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini dan dalam terma privasi dalam perjanjian anda dengan mana-mana entiti Kumpulan CIMB, dan untuk mendapatkan persetujuan anda secara nyata sekiranya kami mengumpul, menggunakan, menyimpan atau mendedahkan data peribadi anda.
Kami mungkin menggunakan pemprosesan automasi untuk maklumat peribadi anda, dengan intervensi manusia yang terhad atau tanpa intervensi manusia. Data peribadi yang kami kumpul dalam pemprosesan ini mungkin digunakan untuk menjalankan analisis data, termasuk pemprofilan dan analisis tingkah laku, untuk membantu atau mengautomasikan keputusan dalam operasi perniagaan kami dan mengenal pasti serta menilai potensi risiko. Kami memerlukan peraturan yang diikuti oleh sistem automasi sedemikian direka bentuk dan diuji untuk membuat keputusan yang adil dan objektif.
Kami juga mungkin menggunakan kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin tertentu untuk membantu meningkatkan komunikasi dan pengalaman pelanggan kami, menjadikan proses operasi perniagaan kami lebih selamat dan cekap serta membolehkan kami memberikan respons yang lebih pantas dan konsisten serta meningkatkan tempoh masa penyelesaian. Sebagai contoh, kami mungkin menggunakan alat ini untuk membantu kami dalam perkara berikut:
Sebagai sebahagian daripada menyediakan anda dengan produk dan perkhidmatan kami dan pengurusan dan/atau operasinya dan untuk tujuan yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini berkaitan dengan penggunaan maklumat peribadi anda oleh kami, anda bersetuju dan memberi kebenaran kepada kami untuk mendedahkan maklumat tentang anda dan/atau akaun dan/atau kemudahan anda bersama kami (serta dengan entiti lain dalam Kumpulan CIMB sama ada di dalam atau di luar Malaysia) kepada:
Selain itu, Kumpulan CIMB dibenarkan untuk mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga di dalam keadaan tertentu yang dinyatakan di bawah:
Terdapat keadaan di mana kami mungkin berkongsi maklumat mengenai anda yang tidak dapat dikenal pasti secara peribadi kepada pihak ketiga, seperti pengecam pengiklanan atau pengekodan sehala (e.g. hash kriptografi) pengecam akaun biasa, seperti nombor hubungan atau alamat e-mel, untuk membolehkan pengiklanan yang disasarkan.
Selain itu, entiti individu dalam Kumpulan CIMB, peniaga dan rakan kongsi strategik kami boleh menghubungi anda mengenai produk, perkhidmatan dan tawaran, yang kami percaya mungkin menarik minat anda atau memberi manfaat kewangan kepada anda. Selanjutnya, adalah dimaklumkan juga bahawa kami hanya akan mendedahkan maklumat peribadi anda (yang tidak termasuk maklumat yang berhubungan akaun anda) kepada entiti lain dalam kumpulan korporat CIMB Group Holdings Berhad dan/atau pihak ketiga seperti pedagang dan rakan kongsi strategik kami untuk tujuan pemasaran dan promosi di mana persetujuan nyata anda telah diperolehi terlebih dahulu dan tertakluk pada setiap masa kepada mana-mana undang-undang (termasuk peraturan-peraturan, garis panduan dan/atau kewajipan) berkaitan dengan Kumpulan CIMB (sama ada di dalam atau di luar Malaysia)
Anda boleh memberitahu kami pada bila-bila masa jika anda tidak mahu menerima komunikasi pemasaran langsung daripada kami, daripada mana-mana entiti dalam Kumpulan CIMB dan/atau dari pedagang dan rakan kongsi strategik. Arahan bertulis terkini anda kepada kami akan diguna pakai. Dalam keadaan tertentu di mana komunikasi pemasaran dari kami dihantar melalui "browser push" ke peranti mudah alih anda, anda perlu mengikuti langkah-langkah tertentu untuk menghentikan penerimaan komunikasi pemasaran daripada kami.
Kami akan menganggap maklumat peribadi anda sebagai peribadi dan sulit dan tidak akan mendedahkan maklumat anda kepada sesiapa di luar Kumpulan CIMB kecuali:
Maklumat adalah aset kami dan oleh itu Kumpulan CIMB meletakkan kepentingan yang besar dalam memastikan keselamatan maklumat peribadi anda. Kami sentiasa mengkaji semula dan melaksanakan langkah-langkah keselamatan teknikal dan organisasi terkini semasa memproses maklumat peribadi anda.
Kakitangan Kumpulan CIMB telah dilatih untuk mengendalikan maklumat peribadi dengan selamat dan dengan penuh hormat, dan sekiranya gagal berbuat demikian, mereka mungkin tertakluk kepada tindakan disiplin.
Kumpulan CIMB akan mengekalkan maklumat peribadi anda selaras dengan Notis Privasi ini dan/atau terma dan syarat perjanjian anda dengan entiti Kumpulan CIMB bagi tempoh hubungan anda dengan kami, atau seperti yang diperlukan untuk melaksanakan tanggungjawab kami terhadap anda atau untuk menguatkuasakan atau melindungi kepentingan Kumpulan CIMB dan/atau pelanggannya sebagaimana yang dianggap perlu, atau seperti yang dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai dan dasar Kumpulan CIMB berkaitan dengan pengekalan maklumat.
Jika dinyatakan (contohnya dalam borang permohonan atau borang pembukaan akaun), adalah wajib untuk memberikan maklumat peribadi anda kepada kami untuk membolehkan kami memproses permohonan anda untuk produk atau perkhidmatan kami. Sekiranya anda menolak untuk memberikan maklumat peribadi yang wajib tersebut, kami mungkin tidak dapat memproses permohonan/permintaan anda atau menyediakan produk atau perkhidmatan kami kepada anda.
Kami boleh membantu anda untuk mengakses dan membetulkan maklumat peribadi anda yang dipegang oleh kami.
Jika anda ingin mengakses maklumat peribadi anda dalam milik Kumpulan CIMB, atau di mana anda berpendapat bahawa maklumat peribadi tersebut yang dipegang oleh kami adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau bukan terkini, anda boleh membuat permohonan kepada kami melalui Borang Permohonan Akses Data (Data Access Request Form) atau Borang Permohonan Pembetulan Data (Data Correction Request Form) kami. Borang-borang ini boleh didapati di cawangan-cawangan kami.
Kami akan menggunakan usaha yang munasabah untuk mematuhi permintaan anda untuk mengakses atau membetulkan maklumat peribadi anda dalam tempoh 21 hari selepas menerima Borang Permohonan Akses Data/Borang Permohonan Pembetulan Data yang telah lengkap dan yuran pemprosesan yang berkaitan (jika ada).
Anda berhak untuk meminta maklumat tertentu dalam format yang boleh dibaca mesin, tertakluk kepada bayaran dan caj.
Sila ambil perhatian bahawa Kumpulan CIMB mungkin perlu menahan akses kepada maklumat peribadi anda dalam keadaan tertentu, contohnya apabila kami tidak dapat mengesahkan identiti anda atau di mana maklumat yang diminta adalah bersifat komersial yang sulit atau sekiranya kami menerima permintaan berulang untuk maklumat yang sama. Namun demikian, kami akan memberitahu anda tentang sebab-sebab kami tidak dapat memenuhi permintaan anda.
Kami diwajibkan untuk menyimpan data di bawah undang-undang dan peraturan yang berkaitan, serta untuk memenuhi obligasi kontrak. Sehubungan dengan itu, walaupun kami tidak menyimpan data melebihi tempoh yang perlu, kami mungkin tidak dapat memenuhi permintaan untuk memadamkan data walaupun anda menarik balik persetujuan anda.
Sila ambil perhatian bahawa Kumpulan CIMB boleh menggunakan budi bicaranya dalam membenarkan pembetulan yang diminta dan/atau mungkin memerlukan bukti dokumentari lanjut mengenai maklumat baru untuk mengelakkan penipuan dan ketidaktepatan.
Sila bantu kami untuk memastikan maklumat peribadi anda (seperti alamat, alamat e-mel dan nombor telefon anda yang direkodkan dengan kami) adalah terkini, lengkap dan tepat dengan memaklumkan kepada kami sebarang perubahan data peribadi anda yang telah direkodkan dengan kami bagi memastikan segala surat-menyurat dan/atau komunikasi tiba kepada anda adalah tepat pada masanya dan untuk membolehkan kami melayani anda dengan lebih baik.
Tertakluk sentiasa kepada hak dan kewajipan kontraktual kami di bawah undang-undang dan peraturan yang berkaitan, anda boleh menggunakan pilihan anda berkenaan dengan pendedahan, pengekalan dan penggunaan maklumat peribadi anda. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila hubungi kami di alamat/nombor telefon/alamat e-mel yang diberikan di hujung Notis Privasi ini.
Sila ambil perhatian bahawa komunikasi tertentu seperti penyata akaun dan laman web kami mengandungi maklumat standard mengenai produk dan perkhidmatan kami yang tidak boleh disingkirkan tanpa menjejaskan penyampaian/penyediaan perkhidmatan dan/atau produk kami, operasi akaun anda dan/atau kemudahan anda dengan kami, dan/atau kos tambahan kepada anda.
Notis ini patuh sepenuhnya dengan undang-undang (termasuk Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan undang-undang atau peraturan perlindungan data atau privasi lain yang berkenaan), dan kedua-dua hak anda dan hak kami dilindungi di bawah undang-undang tersebut.
Perkongsian Data Peribadi Pihak Ketiga
Apabila anda memberikan maklumat peribadi atau kewangan pihak ketiga kepada kami, termasuk ahli keluarga terdekat atau tanggungan anda, anda memberi jaminan dan pernyataan kepada kami seperti berikut:
Sila pastikan Notis Privasi ini juga dibawa perhatian kepada mana-mana pihak ketiga tersebut.
Notis Privasi ini mungkin disemak semula dari semasa ke semasa. Notis sebarang semakan semula tersebut akan diberikan di laman web CIMB dan/atau dengan apa-apa cara komunikasi yang lain yang dianggap sesuai oleh Kumpulan CIMB.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berhubung dengan Notis Privasi ini atau cara kami mengendalikan maklumat peribadi anda, sila hubungi Pusat Panggilan Pengguna kami atau Pegawai Perlindungan Data Kumpulan disaluran berikut:
| Nombor telefon | +603 6204 7788 |
| Borang Maklum Balas | https://www.cimb.com.my/feedback.html#personal |
| Borang Kebenaran dan Hak Privasi Pelanggan | https://www.cimb.com.my/en/personal/forms-enq/support/customer-privacy-consent-and-rights.html |
contactus@cimb.com, dan/atau
dataprotection.office@cimb.com (berkaitan dengan hak privasi anda) | |
| Alamat | Jabatan Khidmat Pelanggan CIMB Bank Berhad/CIMB Islamic Bank Berhad P O Box 10338 GPO Kuala Lumpur 50710 Wilayah Persekutuan |
Dikemaskini pada: 20 Jun 2026
Pautan ini disediakan hanya untuk kemudahan anda dan tidak akan dianggap atau diertikan sebagai sokongan atau pengesahan laman web yang dipautkan atau kandungannya oleh Kumpulan CIMB.
Kumpulan CIMB tidak memberikan jaminan mengenai status pautan ini atau maklumat yang terkandung dalam laman web yang anda akan akses.
Adakah anda ingin meneruskan?